Himpunan Artikel
Hal Ehwal Dunia
Kerjasama Pendidikan Antara Universiti Al-Azhar dan Universiti Industri Selangor (UNISEL) | Kerjasama Pendidikan Antara Universiti Al-Azhar dan Universiti Industri Selangor (UNISEL) |
|
|
Rektor Fakulti Ulum Islamiah (Siswa) Universiti Al-Azhar, Dr. Muhammad Hassan Iwadh menegaskan bahawa betapa pentingnya hubungan pendidikan dan ilmiah yang diadakan antara Universiti Al-Azhar dan universiti serta pusat pengajian di Malaysia. Beliau berkata demikian ketika menerima kunjungan rombongan Universiti Industri Selangor (UNISEL) yang diketuai oleh Dr. Halimah Ali (Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan, Kerajaan Negeri Selangor Darul Ehsan) dan beberapa wakil UNISEL. Pertemuan ini juga menyatakan persetujuan dua pihak berkongsi pandangan dan pengalaman masing-masing dalam bidang pendidikan Islam dan perubatan secara khususnya. Tambahan pula, Dr. Halimah Ali menyatakan kegembiraan beliau di atas kerjasama ini selain Universiti Al-Azhar merupakan antara universiti tertua di dunia yang membawa Manhaj Wasatiah (pertengahan) dalam sistem pembelajarannya. Oleh sebab itu, hingga ke hari ini seramai kira-kira 7000 orang pelajar Malaysia yang merupakan pelajar Al-Azhar di fakulti pengajian Islam dan perubatan.
Sumber : Akhbar Shout Al-Azhar bil. 556.
Hanya Ahli Berdaftar sahaja yang dibenarkan untuk menghantar komen. Powered by AkoComment Tweaked Special Edition v.1.4.6 |
||||
| < Prev | Seterusnya > |
|---|

| Sun, Sep 12th, @8:30am - 11:30PM Sambutan Hari Raya Aidilfitri (SAMARA) |
| Mon, Sep 13th, @7:30am - 11:30PM Sambutan Hari Raya Aidilfitri (SAMARA) |
| Sat, Sep 18th, @7:00am - 05:00PM Sambutan Hari Raya Aidilfitri 1431H (HATI) PMRAM |
| Sun, Sep 19th, @8:00am - 08:00PM Ketibaan Mahasiswa/wi Baru (Selangor) di Mesir |