BKASM


Anjung arrow Selangor Kini arrow Selangor Kini arrow Kerajaan Negeri Nobat Dua Tokoh Guru Agama
Kerajaan Negeri Nobat Dua Tokoh Guru Agama PDF

15 MEI - Kerajaan negeri dan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) menobatkan dua orang tokoh guru agama pada Sambutan Majlis Hari Guru Agama 2010 peringkat negeri Selangor pagi tadi.

Kedua-dua mereka dipilih berdasarkan prestasi kerja mereka yang cemerlang dan berjaya membawa satu transformasi kepada sekolah agama di negeri ini.

Tokoh guru agama itu terpilih selepas kerajaan negeri dan JAIS melihat kedua-dua tokoh tersebut bergiat aktif sepanjang bergelar guru dan banyak mencatatkan rekod kecemerlangan bagi membangunkan instutusi sekolah agama di negeri ini.

Kedua-dua tokoh tersebut ialah Rektor KISDAR, Prof.Dato Dr.Mohd Adnan Isman bagi kategori tokoh guru lelaki dan Mahmerah Supardan untuk kategori tokoh perempuan.

Mereka membawa pulang hadiah tiket Umrah, trofi dan juga sijil atas pengorbanan mereka selama ini.

Dalam pada itu, Dr. Mohd Adnan melahirkan rasa syukurnya apabila dipilih sebagai tokoh guru agama pada tahun ini.

Beliau berpesan, ilmu yang dicari sekiranya tidak disampaikan kepada anak bangsa, lama-kelamaan akan hilang begitu sahaja.

“Satu versi Al-Quran semasa saya jadi pengetua, beberapa patah ayat Al-Quran itu apabila dibaca oleh pelajar, pelajar itu mendapati tulisan itu telah hilang daripada situ. Pada tahun 1990 an, itulah saat saya rasa tercabar, bertapa gambaran pada akhirnya ilmu-ilmu ini akan hilang daripada kita dan sukar untuk dicari ganti,” katanya.

Beliau turut meminta guru memantau pelajar di luar kelas biarpun tugasan guru hanya mengajar di dalam kelas bagi membendung masalah pertembungan budaya yang kian meruncing di kalangan pelajar masa kini.

“Bila keluar dari linkungan kelas, pelajar telah terdedah dengan pelbagai bentuk budaya lebih lagi yang mereka dapat dari luar yang dipanggil pertembungan budaya, dan pelajar memilih untuk mereka mencuba dan terpengaruh, jadi tugas guru tidak hanya tertumpu di bilik darjah sebaliknya tertumpu di luar bilik darjah,” katanya.

Dalam pada itu bagi Tokoh Guru Perempuan, Mahmerah Supardan berharap semua guru tidak mudah menzahirkan rasa putus asa mereka dalam meneruskan perjuangan sebagai seorang guru.

Beliau berkata berdasarkan pengalamannya, guru perlu sentiasa mengamalkan sikap mesra dan saling bantu membantu antara satu sama lain bagi meningkatkan lagi mutu pelajaran dan pembelajaran.

“Sebagai seorang guru, kita tidak boleh jemu dan rasa pandang rendah, biasanya guru agama ini masyarakat pandang lain sedikit tetapi itulah yang sebenarnya yang paling berharga dalam masyarkat kita dan setimpal.

“Jadi Alhamdullilah saya dapat menyelesaikan tugas saya, walaupun orang kata saya ini orang kurang upaya tetapi masih dirujuk oleh kawan-kawan,” katanya.

- tvselangor -

 
< Prev   Seterusnya >

Aktiviti BKASM Terkini

Sat, Sep 4th, @8:00pm - 11:00PM
Muhadharah Ilmiah Bersama Dr. Rif'at Fauzi
Sun, Sep 12th, @8:30am - 11:30PM
Sambutan Hari Raya Aidilfitri (SAMARA)
Mon, Sep 13th, @7:30am - 11:30PM
Sambutan Hari Raya Aidilfitri (SAMARA)