BKASM


Anjung arrow Himpunan Artikel arrow Hal Ehwal Dunia arrow Rakyat Malaysia Di Bangkok Selamat, Perlu Daftar Dengan Kedutaan
Rakyat Malaysia Di Bangkok Selamat, Perlu Daftar Dengan Kedutaan PDF

KUALA LUMPUR: Rakyat Malaysia yang tinggal di Bangkok atau sedang melawat bandar raya itu dinasihati supaya mendaftar dengan kedutaan Malaysia dengan menghubung kedutaan itu atau menghantar e-mail berikutan ketegangan yang kian memuncak ibu kota Thailand itu.

Memaklumkan bahawa rakyat Malaysia di Bangkok adalah selamat, Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman, berkata mereka perlu menghubungi kedutaan Malaysia di Bangkok untuk mendapatkan bantuan sekiranya perlu.

Rakyat Malaysia dapat mendaftar dengan kedutaan itu yang terletak di 25, South Sathorn Road, Tungmahamek, Sathorn, Bangkok 10120, dengan menelefon nombor +662 629 6800 atau mengirimkan e-mail di www.malbangkok.

Anifah berkata rakyat Malaysia juga dinasihati supaya mengelak daripada melawat kawasan panas yang diduduki kumpulan berbaju merah, terutamanya Persimpangan Ratchaprasong dan kawasan persekitarannya. "Rakyat Malaysia juga mesti sentiasa mengawasi keselamatan diri mereka dan mengamalkan sikap berwaspada serta memantau peristiwa dan perkembangan terbaru menerusi siaran daripada media tempatan dan antarabangsa (cetak dan elektronik)," katanya.

Beliau berkata Pegawai Bertugas di Wisma Putra juga dapat dihubungi selepas waktu pejabat selain pada Sabtu dan Ahad menerusi talian 03-8887 4570.

Anifah berkata sebagai jiran yang mempunyai hubungan dua hala yang akrab, Malaysia berharap Thailand akan dapat menyelesaikan masalah politiknya menerusi satu kaedah yang aman.

Menurut laporan, 14 terbunuh manakala berpuluh-puluh lagi cedera semasa pertempuran antara tentera kerajaan dan penunjuk perasaan anti-kerajaan pada masa ketegangan semakin memuncak di ibu negara Thailand ini.

- Mstar -




  Hantar Komen Pertama
RSS comments

Hanya Ahli Berdaftar sahaja yang dibenarkan untuk menghantar komen.
Sila Mendaftar atau Daftar Masuk.

Powered by AkoComment Tweaked Special Edition v.1.4.6
AkoComment © Copyright 2004 by Arthur Konze - www.mamboportal.com
All right reserved

 
< Prev   Seterusnya >

Aktiviti BKASM Terkini

Sat, Sep 4th, @8:00pm - 11:00PM
Muhadharah Ilmiah Bersama Dr. Rif'at Fauzi
Sun, Sep 12th, @8:30am - 11:30PM
Sambutan Hari Raya Aidilfitri (SAMARA)
Mon, Sep 13th, @7:30am - 11:30PM
Sambutan Hari Raya Aidilfitri (SAMARA)