BKASM


Anjung arrow Himpunan Artikel arrow Hal Ehwal Dunia arrow Tengah Bangkok Ibarat Zon Perang
Tengah Bangkok Ibarat Zon Perang PDF
<strong>PENUNJUK perasaan antikerajaan ditahan tentera
ketika merusuh berhampiran Kedutaan Amerika Syarikat dan Jepun di
Bangkok. </strong> <strong> ASKAR Thailand diserang dengan mercun ketika
meleraikan  penunjuk perasaan Baju Merah, semalam.
</strong> <strong>SEORANG anggota  Baju Merah yang cedera ditembak
ketika rusuhan dibawa rakan ke tempat selamat.  </strong>

 

PENUNJUK perasaan antikerajaan ditahan tentera ketika merusuh berhampiran Kedutaan Amerika Syarikat dan Jepun di Bangkok.

Askar Thailand, Baju Merah bertempur

BANGKOK: Tentera Thailand melepaskan tembakan dan gas pemedih mata ke arah penunjuk perasaan antikerajaan yang merusuh berhampiran Kedutaan Amerika Syarikat dan Jepun semalam, menyebabkan kawasan di tengah Bangkok umpama zon perang.

Ledakan senjata sekali sekala masih kedengaran yang datang daripada kedudukan tentera dan tempat perhimpunan kumpulan penunjuk perasaan Baju Merah dengan kawasan beli-belah utama ibu kota Thailand itu menjadi lengang.

Keganasan sejak lewat kelmarin menyebabkan lapan maut dan mencederakan sekurang-kurangnya 101 orang, termasuk dua wartawan Thailand dan seorang wartawan Kanada.

Keadaan keselamatan semakin buruk itu tidak memungkinkan penyelesaian aman. Kebuntuan selama dua setengah bulan itu yang melumpuhkan tengah Bangkok dan meletakkan Thailand dalam keadaan terumbang ambing.

Keganasan terbaru tercetus selepas seorang jeneral askar yang berpaling tadah untuk memihak kepada kumpulan Baju Merah ditembak di kepala kelmarin dan masih kritikal di hospital.

Kejadian semalam pada mulanya bertumpu di kawasan kecil berhampiran beberapa kedutaan asing, tetapi merebak kemudian ke kawasan seluas tiga kilometer persegi, sehingga kawasan perhimpunan Baju Merah, yang dijadikan kubu dengan timbunan buluh runcing dan tayar buruk.
Tentera berlindung di belakang pembahagi jalan yang tinggi di satu kawasan dilihat melepaskan tembakan peluru getah, peluru hidup dan gas pemedih mata.
Kenderaan tentera dilihat memecut di jalan lengang yang berselerak dengan batu dan sampah sarap.

Penunjuk perasaan sudah berundur ke kubu mereka, sambil membaling batu ke arah tentera.

Keganasan berhubung tunjuk perasaan itu menyebabkan 31 orang terbunuh sejak ia bermula 31 Mac lalu.

Kematian berkaitan tunjuk perasaan terbaru dicatatkan semalam apabila seorang lelaki berusia 33 tahun maut dengan kesan tembakan.

Baju Merah yang menyokong bekas perdana menteri yang digulingkan Thaksin Shinawatra menuntut Perdana Menteri, Abhisit Vejjajiva membubarkan Parlimen dan mengadakan pilihan raya.

- Berita Harian -




  Hantar Komen Pertama
RSS comments

Hanya Ahli Berdaftar sahaja yang dibenarkan untuk menghantar komen.
Sila Mendaftar atau Daftar Masuk.

Powered by AkoComment Tweaked Special Edition v.1.4.6
AkoComment © Copyright 2004 by Arthur Konze - www.mamboportal.com
All right reserved

 
< Prev   Seterusnya >

Aktiviti BKASM Terkini

Sun, Sep 12th, @8:30am - 11:30PM
Sambutan Hari Raya Aidilfitri (SAMARA)
Mon, Sep 13th, @7:30am - 11:30PM
Sambutan Hari Raya Aidilfitri (SAMARA)
Sat, Sep 18th, @7:00am - 05:00PM
Haflah Aidilfitri 1431H (HATI) PMRAM
Sun, Sep 19th, @8:00am - 08:00PM
Ketibaan Mahasiswa/wi Baru (Selangor) di Mesir