Hal Ehwal Masyarakat
Permasalahan Agama
Sekitar Persoalan Semasa (2) | Sekitar Persoalan Semasa (2) |
|
|
Hukum Lelaki Memakai Jam Yang Diperbuat Daripada ‘Emas Putih’ (Platinum) Soalan : Apakah pandangan syara’ pada lelaki yang memakai jam yang diperbuat daripada ‘emas putih’(platinum)? Jawapan : ‘Emas putih’ yang juga dikenali dengan nama platinum adalah dibenarkan dengan ijma’ para ulama’ dan ia bukanlah termasuk dalam kategori emas tulen yang berwarna kuning kerana hakikat keduanya adalah berbeza. Apa yang diharamkan bagi lelaki untuk memakainya ialah yang diperbuat daripada emas tulen, dan hukum itu ditentukan dengan melihat kepada bahan bukannya persamaan nama antaranya. Dalam satu keadaan yang lain, ‘emas putih’ juga boleh diertikan sebagai campuran bahan antara emas tulen dan silikon. Di sini, terdapat perbezaan pendapat di kalangan para ulama’ yang membenarkan dan sebaliknya. Sikap wara’ perlu diambil dalam masalah ini iaitu dengan meninggalkan bahan tersebut kerana ia mengandungi unsur emas tulen di dalamnya. Kesimpulannya, jika barangan itu dibuat daripada platinum maka ia dibolehkan penggunaannya tetapi jika ia mampunyai campuran dengan meas tulen maka ia ditinggalkan berpegang dengan sikap wara’.
Hanya Ahli Berdaftar sahaja yang dibenarkan untuk menghantar komen. Powered by AkoComment Tweaked Special Edition v.1.4.6 |
||||
| < Prev | Seterusnya > |
|---|

| Sat, Sep 4th, @8:00pm - 11:00PM Muhadharah Ilmiah Bersama Dr. Rif'at Fauzi |
| Sun, Sep 12th, @8:30am - 11:30PM Sambutan Hari Raya Aidilfitri (SAMARA) |
| Mon, Sep 13th, @7:30am - 11:30PM Sambutan Hari Raya Aidilfitri (SAMARA) |