BKASM


Anjung arrow Hal Ehwal Masyarakat arrow Permasalahan Agama arrow Jawapan Dr. Umar Abdullah Kamil Mengenai Hadith Al-Jariah
Jawapan Dr. Umar Abdullah Kamil Mengenai Hadith Al-Jariah PDF

Rasulullah Sollallahu ‘Alaihi Wasallam pernah mengajukan pertanyaan kepada seorang budak perempuan milik Mua’wiyah bin Al-Hakam As-Sulamy sebagai ujian keimanan sebelum ia dimerdekakan oleh tuannya iaitu Mu’awiyah :

Baginda ( Nabi Muhammad Sollallahu ‘Alaihi Wasallam ) bertanya kepadanya :
“Di manakah Allah?”

Jawab budak perempuan : “Di langit.”

Baginda bertanya (lagi) : “Siapakah Aku ..?”.

Jawab budak itu : “Engkau adalah Rasulullah.”

Baginda bersabda : “Merdekakan ia, kerana sesungguhnya ia mu’minah (seorang perempuan yang beriman)”.

Hadits dikeluarkan oleh Jama’ah ahli hadits.

Persoalan : Macam mana kita hendak menafsirkan hadis ini. Sedangkan kita tahu Allah wujud tanpa memerlukan tempat.

Bismillahirrahmanirrahim. Alhamdulillah, Selawat dan Salam buat Kekasih Allah…

Dr Umar Abdullah Kamil menjelaskan:

Hadis tersebut mempunyai banyak thuruq (laluan hadis melalui sanad-sanadnya). Ini membuktikan bahawa, matan (lafaz) hadis tersebut diriwayatkan secara makna oleh para perawinya. Oleh kerana itulah, terdapat pelbagai lafaz matan yang berbeza tentang hadis tersebut, sedangkan peristiwa tersebut berlaku sekali sahaja. Ini menunjukkan bahawa, kebanyakkan daripada lafaz-lafaz hadis yang berbeza tentang satu cerita yang sama tersebut, diriwayatkan secara makna hadis oleh perawinya, bukan secara huruf demi huruf atau secara lafaz.

Maknanya, lafaz-lafaz hadis yang lahir dari pelbagai thuruq (jalan hadis) tersebut tidak tepat seperti apa yang sebenarnya berlaku pada ketika itu, dan ia hanya diriwayatkan secara makna, sedangkan lafaz hadis tersebut tidak tepat dengan apa yang berlaku. Ini kerana, mustahil lafaz-lafaz hadis yang berbeza dari pelbagai jalan-jalan hadis yang berbeza, tentang satu cerita yang sama, merupakan lafaz hadis yang asli, kerana boleh jadi, satu sahaja dari lafaz tersebut yang asli, ataupun kesemuanya hanya diriwayatkan secara maknanya sahaja.

Jika kita lihat hadis sahih yang diriwayatkan oleh Imam Muslim tersebut, di mana soalan Rasulullah Sollallahu ‘Alaihi Wasallam kepada perempuan jariah tersebut tentang - "di mana Allah?" - merupakan suatu lafaz dari perawi-perawi hadis yang diambil hadis tersebut oleh Imam Muslim, kerana hadis tersebut diriwayatkan secara makna, di mana, gambaran yang penting dalam cerita tersebut ialah tentang seorang perempuan jariah dimerdekakan oleh Rasulullah Sollallahu ‘Alaihi Wasallam, setelah terbukti keislamannya.

Adapun lafaz pertanyaan Rasulullah Sollallahu ‘Alaihi Wasallam “di manakah Allah?”, dalam hadis riwayat Imam Muslim ini, merupakan suatu pertanyaan yang tidak benar dinisbahkan kepada Nabi Sollallahu ‘Alaihi Wasallam, kerana beberapa alasan yang kukuh.

Pertama : Ia bertentangan dengan aqidah Islam seperti yang diajarkan oleh Al-Qur’an dan As-Sunnah, di mana Al-Qur’an menceritakan bahawa, Allah yang menciptakan langit dan bumi. Oleh itu, sebelum Allah menciptakan langit dan bumi, jelaslah Allah wujud tetapi tidak bertempat. Jadi, Allah yang bersifat tidak bertempat dan qadim, mustahil mengambil tempat di atas langit setelah kewujudan langit, kerana Allah yang Qadim mustahil mengambil tempat pada yang baharu seperti langit.

Begitu juga dengan Hadis Rasulullah Sollallahu ‘Alaihi Wasallam, di mana Baginda Sollallahu ‘Alaihi Wasallam menerangkan Allah tetap sama dari sebelum alam wujud sehinggalah setelah wujud.

Jadi, tidak mungkin persoalan di mana Allah, boleh dinisbahkan kepada Rasulullah Sollallahu ‘Alaihi Wasallam, sedangkan Baginda Sollallahu ‘Alaihi Wasallam yang menceritakan tentang kewujudan Allah tanpa bertempat.

Kedua: Adapun jika kita lihat petunjuk hadis tersebut’ dari jalan-jalan hadis yang berbeza, dan lafaz-lafaznya yang berbeza, kita akan dapati bahawa, ia mengisahkan di mana Rasulullah Sollallahu ‘Alaihi Wasallam cuba bertanya tentang bukit-bukti menunjukkan perempuan jariah (budak perempuan) tersebut sudah memeluk Islam atau belum.

Jadi, persoalan Rasulullah Sollallahu ‘Alaihi Wasallam “di mana Allah?” tidak ada kaitannya dalam membuktikan islam atau tidak islamnya seseorang. Ini kerana apabila ditanya tentang di mana Allah, ada di kalangan orang-orang kafir juga yang boleh menjawab Allah di atas langit, kerana kebanyakkan orang-orang kafir musyrik Mekkah mendakwa beriman dengan Allah, namun menyembah selain daripada Allah.

Jadi, adakah soalan, di manakah Allah, dapat membezakan seseorang yang ditanya tersebut adalah seorang muslim ataupun tidak, kerana soalan tidakpun mengandungi unsur-unsur tauhid yang membezakan antara muslim dan kafir?

Jadi, andaian kita bahawa, lafaz persoalan tersebut dari perawi hadis, yang meriwayatkan hadis tersebut secara makna, kerana apa yang ingin disampaikan dalam hadis tersebut, ialah makna hadis tersebut, di mana Rasulullah Sollallahu ‘Alaihi Wasallam memerdekakan seorang hamba yang telah memeluk Islam.

Adapun lafaz yang sahih, untuk dinisbahkan kepada Rasulullah Sollallahu ‘Alaihi Wasallam, ialah seperti yang terdapat melalui jalan hadis dan yang lain di mana Rasulullah Sollallahu ‘Alaihi Wasallam bertanya kepada perempuan tersebut: “Adakah kamu beriman kepada Allah?”, lantas perempuan tersebut menjawabnya dengan lafaz tauhid, bahawa dia beriman dengan Allah, satu-satunya Tuhan yang selayaknya disembah” dan sebagainya. Maka, inilah lafaz hadis yang sahih untuk dinisbahkan kepada Sollallahu ‘Alaihi Wasallam, kerana ianya tidak bertetangan dengan usul Islam dan sampai kepada maksud untuk membuktikan bahawa perempuan itu telahpun memeluk Islam.(Bolehlah rujuk hadis ini, dengan lafaz-lafaz yang berbeza dalam kitab-kitab hadis).
 

Wallahua'lam..




  Hantar Komen Pertama
RSS comments

Hanya Ahli Berdaftar sahaja yang dibenarkan untuk menghantar komen.
Sila Mendaftar atau Daftar Masuk.

Powered by AkoComment Tweaked Special Edition v.1.4.6
AkoComment © Copyright 2004 by Arthur Konze - www.mamboportal.com
All right reserved

 
< Prev   Seterusnya >

Aktiviti BKASM Terkini

Sun, Sep 12th, @8:30am - 11:30PM
Sambutan Hari Raya Aidilfitri (SAMARA)
Mon, Sep 13th, @7:30am - 11:30PM
Sambutan Hari Raya Aidilfitri (SAMARA)
Sat, Sep 18th, @7:00am - 05:00PM
Haflah Aidilfitri 1431H (HATI) PMRAM
Sun, Sep 19th, @8:00am - 08:00PM
Ketibaan Mahasiswa/wi Baru (Selangor) di Mesir