BKASM


Anjung arrow Himpunan Artikel arrow Hal Ehwal Dunia arrow Belasungkawa Syeikh Muhammad Sayyid At-Tantawi
Belasungkawa Syeikh Muhammad Sayyid At-Tantawi PDF

Pada 10 Mac 2010 yang lalu, Al-Azhar dikejutkan dengan pemergian Syeikhul Akbar, Syeikh Muhammad Sayyid At-Tantawi. Beliau yang kembali ke Rahmatullah di Arab Saudi adalah disebabkan sakit jantung selepas selesainya majlis penyampaian Anugerah Antarabangsa Raja Faisal kepada penerima-penerima yang banyak berjasa kepada Islam di serata dunia. Jenazah beliau disemadikan bersama maqam para sahabat yang lain di perkuburan Baqi'.

Sejarah ringkas hidup Syeikhul Akbar :

29 Oktober 1928 - kelahiran beliau di perkampungan Salim As-Syarqiyah yang terletak di daerah Suhaj, Mesir.

1944 - Beliau melanjutkan pendidikan menengah di Ma'had Ad-Dini, Iskandariah dan kemudiannya menyambungkan pengajian di kuliah Usuluddin, universiti Al-Azhar.

1966 - Memperoleh gelaran Mumtaz dalam bidang tafsir dan hadith daripada kuliah berkenaan untuk pengajian Doktor Falsafah beliau.

1968 - Dilantik menjadi tenaga pengajar kuliah Usuluddin.

1972 - Berangkat ke Libya kerana dijemput sebagai tenaga pengajar di Kuliah Dirasat Al-Arabiyah Wal Islamiah, Universiti Islam di sana.

1976 - Kembali ke Kaherah dan dilantik sebagai Rektor Kuliah Usuluddin, Al-Azhar cawangan Asyut. Selain itu, beliau turut diberi kepercayaan menjawat jawatan ketua bahagian Tafsir di Kuliah Ad-Dirasat Al-Islamiyah Al-‘Ulya, Universiti Islam Madinah Al-Munawwarah.

1986 - Dilantik menjadi Mufti Mesir.

1996 - Menjadi Syeikhul Azhar ke-47 menggantikan Syeikh Ali Jadul Haqq, Syeikhul Azhar sebelumnya.

12 November 2008 - Berdepan kontroversi apabila dlihat berjabat tangan dengan Presiden Israel, Shimon Perez dalam satu Majlis Dialog Antara Agama yang dianjurkan oleh Kesatuan Bangsa-bangsa Bersatu dan Kerajaan Arab Saudi di New York.

5 Oktober 2009 - Beliau memerintahkan seorang pelajar perempuan menanggalkan purdah ketika berada di dalam kawasan sekolahnya dan isu ini telah mendapat perhatian luas media massa Mesir.

10 Mac 2010 - Kembali ke Rahmatullah akibat serangan sakit jantung di Arab Saudi dan dikebumikan di perkuburan Baqi'.

Walaubagaimanapun, Almarhum Syeikh Muhammad Sayyid At-Tantawi tetap diiktiraf sebagai salah seorang ulama' yang cukup menitikberatkan ilmu Islam terutamanya dalam bidang Tafsir. Hal ini dapat dibuktikan melalui penulisan beliau yang kerap dijadikan rujukan masyarakat dunia antaranya termasuklah "Bani Israel di dalam Al-Quran dan As-Sunnah" (1969), "At-Tafsir Al-Wasit" (1972), "Kisah di dalam Al-Quran" (1990) dan lain-lain tulisan beliau yang merangkumi pelbagai disiplin ilmu. Semoga Almarhum ditempatkan bersama mereka yang mendapat kemuliaan di sisi Allah S.W.T. Al-Fatihah...




  Hantar Komen Pertama
RSS comments

Hanya Ahli Berdaftar sahaja yang dibenarkan untuk menghantar komen.
Sila Mendaftar atau Daftar Masuk.

Powered by AkoComment Tweaked Special Edition v.1.4.6
AkoComment © Copyright 2004 by Arthur Konze - www.mamboportal.com
All right reserved

 
< Prev   Seterusnya >

Aktiviti BKASM Terkini

Sat, Sep 4th, @8:00pm - 11:00PM
Muhadharah Ilmiah Bersama Dr. Rif'at Fauzi
Sun, Sep 12th, @8:30am - 11:30PM
Sambutan Hari Raya Aidilfitri (SAMARA)
Mon, Sep 13th, @7:30am - 11:30PM
Sambutan Hari Raya Aidilfitri (SAMARA)