BKASM


Anjung arrow Dari Meja YDP arrow Dari Meja YDP arrow MEMO Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir Mengenai Sambutan Iduladha anjuran JPMK
MEMO Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir Mengenai Sambutan Iduladha anjuran JPMK PDF

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Kepada : Seluruh Ahli Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir.

PER : KENYATAAN RASMI BADAN KEBAJIKAN ANAK SELANGOR MESIR TERHADAP PROGRAM SAMBUTAN AIDILADHA ANJURAN KEDUTAAN BESAR MALAYSIA KAHERAH (KBMK) DAN JABATAN PENUNTUT MALAYSIA KAHERAH (JPMK)

Ahli Jawatankuasa Tadbir Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir (BKASM) sesi 2009/2010 telah mengadakan mesyuarat tergempar pada 23 November 2009 bagi membincangkan isu di atas. Keputusannya, seluruh Ahli Jawatankuasa Tadbir BKASM SEBULAT SUARA BERSETUJU BAHAWA BKASM TIDAK AKAN BEKERJASAMA TERHADAP PROGRAM SAMBUTAN AIDILADHA ANJURAN KBMK DAN JPMK yang akan diadakan pada 27 November 2009 bersamaan 10 Zulhijjah 1430 di Dataran Hayyu ‘Asyir.

Hal ini adalah disebabkan pihak BKASM memohon agar isu Majlis Pembacaan Kutub Sittah PMRAM dapat diselesaikan terlebih dahulu dengan baik antara pihak JPMK dan seluruh mahasiswa Malaysia di Republik Arab Mesir. Pegawai HEP Selangor di Mesir, En. Abdul Halim Saljadi menghormati keputusan yang telah disepakati oleh AJKT BKASM dalam mesyuarat tersebut.

Pihak BKASM berharap agar seluruh ahli dapat MEMBERIKAN PERHATIAN yang sewajarnya terhadap kenyataan ini. Segala kerjasama dan tindakan yang diberikan adalah dihargai dan didahului dengan Jazakumullahu Khairan Kathira.

Sekian, terima kasih.

“BERSATU DAN BERBAKTI”

"JULANG DAKWAH, PERKASA UKHUWAH, LESTARI UMMAH"




  Bilangan Komen (1)
RSS comments
Written by iskehe, on 26-11-2009 07:18
Walaupun logo itu kemerahan. Merah lagi bara aku memendam panas ngan bebudak ISMUN ngan JPMK nih. Panas panas!!! Esok biar derang keje sampai muntah.

Hanya Ahli Berdaftar sahaja yang dibenarkan untuk menghantar komen.
Sila Mendaftar atau Daftar Masuk.

Powered by AkoComment Tweaked Special Edition v.1.4.6
AkoComment © Copyright 2004 by Arthur Konze - www.mamboportal.com
All right reserved

 
< Prev   Seterusnya >

Aktiviti BKASM Terkini

Sun, Sep 12th, @8:30am - 11:30PM
Sambutan Hari Raya Aidilfitri (SAMARA)
Mon, Sep 13th, @7:30am - 11:30PM
Sambutan Hari Raya Aidilfitri (SAMARA)
Sat, Sep 18th, @7:00am - 05:00PM
Sambutan Hari Raya Aidilfitri 1431H (HATI) PMRAM
Sun, Sep 19th, @8:00am - 08:00PM
Ketibaan Mahasiswa/wi Baru (Selangor) di Mesir