Makluman kepada kesemua penerima Zakat Jam’eiyyah Syar’eiyyah peringkat Kaherah. Anda boleh mengambil sumbangan tersebut pada tarikh yang telah ditetapkan untuk pelajar Malaysia iaitu pada 7 dan 8 September ini di Masjid Syarbini, Hayyu ‘Asyir. Pengambilan ini merupakan pembayaran bagi sesi Syaaban. Diingatkan untuk tidak mengabaikan pembayaran tersebut. Sila bawa bersama Passport serta nombor penerimaan bayaran.





