BKASM


Anjung arrow Koleksi Artikel arrow Bait Muslim & Hisbah
Bait Muslim & Hisbah
Tolong Fikirkan Wahai Ibubapa PDF

Minggu lalu, ketika menjamah makanan makan malam di sebuah restoran semasa dalam perjalanan ke airport, rakan-rakan yang bersama menghantar saya berbicara berkenaan pelbagai isu. Hj Rosman kemudian menzahirkan kebimbangan beliau berkenaan kes jenayah yang wujud di Malaysia. Kes-kes sedemikian agak kurang berlaku di Bahrain.

Baca lagi...
 
Permasalahan Ikhtilat Menurut Islam PDF

Permasalahan ikhtilat yang berleluasa dewasa ini telah diabaikan sehingga ia terus juga berlaku. Semoga penjelasan ini menimbulkan kesedaran kita dan seterusnya menolong menyelesaikan permasalahan ini. Ikhtilat yang tidak dikehendaki syara' merupakan suatu bentuk pergaulan secara bebas dan liar melibatkan lelaki dan perempuan yang ajnabi. Ia merupakan suatu ciri pergaulan masyarakat jahiliyah dimana ia juga berasaskan kepada nilai-nilai dan sistem hidup jahiliyah. Ia merupakan bentuk pergaulan yang telah ditolak oleh islam semenjak kedatangan Rasulullah SAW yang membawa sisitem dan nilai hidup yang dipandu al-Quran dan as-Sunnah.

Baca lagi...
 
Hisbah Dari Perspektif Syariah & Sirah Islam PDF
Hisbah Dari Perspektif Syariah & Sirah Islam

Dalam membicarakan tajuk di atas, terdapat lebih dari 10 definasi yang diutarakan oleh para cendiakiawan Islam.  Antaranya pendapat yang diberikan oleh Al-Iman al- Mawardi dalam kitabnya Al-Ahkamus-Sultaniyyah wal-Wilayatud-Diniyyah yang menyebut HISBAH ialah `Menegakkan yang ma'aruf apabila ianya ditinggalkan secara terang-terangan dan mencegah kemungkaran apabila ianya dilakukan secara terang-terangan pula'. Ini membawa maksud bahawa sekiranya ianya ditinggalkan atau dilakukan secara sembunyi maka ianya bukan lagi merupakan tanggungjawab hisbah, tetapi menjadi tanggungjawab para hakim apabila wujud pendakwaan yang mana ianya melibatkan penyaksian dan keterangan.

Baca lagi...
 
Isteri : Kufur Al-Asheer PDF
Isteri : Kufur Al-Asheer

“Kita pergi Mid Valley macam mana?”

Pada awal perkahwinan, semasa sedang dan masih menyesuaikan diri kami merancang untuk keluar berdua. Pertama kalinya. Janggal sekali.Namun, kami mampu berkomunikasi dengan baik dan mesra. Sekalipun kami menatap wajah masing-masing buat kali kedua hanya selepas nikah. Walaupun sudah boleh berbual seperti biasa, namun masih belum seperti suami isteri lain gayanya. Menyenangkan. Canggung. Ada bibit mesra. Semuanya berkumpul.

Baca lagi...
 
Syarat dan Adab kunci kejayaan PDF

Syarat serta adab yang akan disebutkan ini adalah petikan daripada kalam Ibnu 'Ajibah di dalam kitabnya Al-Futuhat Al-Ilahiyah Fi Syarh Al-Mabahith Al-Asliyah. Kitab dalam ilmu Tasawwuf yang sedang saya pelajari dengan guru kami, Al-Syeikh Dr. Muhammad Muhanna (hafizahullahu ta'ala) di anjung Atrak Masjid Al-Azhar. Syarat serta adab yang disebutkan oleh Ibnu 'Ajibah sangat menarik dan menyentuh hati, kalimah yang digunakan sangat halus dan teliti.

Baca lagi...
 
<< Mula < Sebelum 1 2 Selepas > Akhir >>

Keputusan 1 - 5 dari 8

Aktiviti BKASM Terkini

Sat, Sep 4th, @8:00pm - 11:00PM
Muhadharah Ilmiah Bersama Dr. Rif'at Fauzi
Sun, Sep 12th, @8:30am - 11:30PM
Sambutan Hari Raya Aidilfitri (SAMARA)
Mon, Sep 13th, @7:30am - 11:30PM
Sambutan Hari Raya Aidilfitri (SAMARA)